Sesi larian Inov8 Malaysia @ Kota Damansara Community Forest | Pelari Denai

Browse By

Sesi larian Inov8 Malaysia @ KDCF

10 Feb 2018 – Inov8 Malaysia telah engadakan satu sesi larian yang bertempat di Kota Damansara Community Forest Park(KDCF). Sesi ini dihadiri lebih kurang 30 orang peserta.

Menurut saudara Nazmie Murad dari pasukan Inov8 Malaysia, tujuan utama sesi ini adalah untuk memupuk kesedaran diantara pelari denai tentang keselamatan dan pencegahan ketika melakukan sebarang aktiviti denai.

Acara dimulakan dengan sesi taklimat oleh saudara Nazmie pada jam 7.45 pagi. Acara disambung dengan sesi ‘warm-up’ selama 10 minit dan selepas itu peserta melakukan larian ke Puncak Denai Tiga Puteri yang jaraknya lebih kurang 4 kilometer. Selepas kesemua peserta turun ke bawah, cabutan bertuah telah dilakukan dan hadiah telah disampaikan oleh saudara Nazmie.

Video

Ikuti laman Facebook #inov8malaysia untuk mengetahui sebarang aktiviti terbaru anjuran mereka di https://www.facebook.com/pg/Inov8malaysiaofficial

INOV8 Trail Run Trail Series 2018
Untuk pengetahuan anda, Inov8 Malaysia juga akan menganjurkan acara “INOV8 Trail Run Trail Series 2018” yang akan berlangsung di┬áBukit Merah┬áLake Town Resort (Series 1: 14/4/2018) dan juga Semenyih Eco Venture Resort (Series 2: 7/10/2018). Pendaftaran masih lagi dibuka(tarikh tutup 5/3/2018). Klik sini untuk mendaftar.

Sekiranya anda berminat untuk mencuba atau membeli kasut jenama Inov8, anda boleh lawati mana-mana cawangan Key Power Sports Malaysia. Lawati laman Facebook mereka di https://www.facebook.com/keypowermalaysia/

Galeri foto
Untuk gambar penuh, lawati laman Facebook kami: