Salming Trail 5 | Pelari Denai

Browse By

Salming Trail 5


Baru-baru ini kami dapat mencuba satu model kasut dari jenama Salming, iaitu Trail 5. Trail 5 atau singkatannya T5 adalah kasut trail yang direka untuk membantu pelari mengharungi apa jua jenis denai seperti jalan berlumpur dan berbatu disamping memberikan keselesaan yang maksimum untuk kaki pelari dalam jangka masa yang panjang.

Binaan dibahagian atas kasut ini menggunakan 3 lapisan atau 3 layer constuction dimana lapisan pertama dibahagian dalam adalah untuk keselesaan, lapisan kedua ni dipanggil ExoSkeleton dimana fungsinya untuk menyerap dan menstabilkan pergerakan kaki ketika mendarat dan fungsi lapisan jaringan di bahagian luar pula menambahkan ketahanan kasut ini untuk jangkamasa yang panjang.

Pada bahagian depan kasut pula, teknologi Rocshield digunakan. Lapisan ini tampak lembut tetapi cukup keras untuk memberikan perlindungan kepada jari kaki jika tersepak batu atau akar kayu yang keras.

Kasut ini amat sesuai untuk mereka yang mempunyai tapak kaki yang lebar kerana bahagian “toe box” yang agak besar.

Pada bahagian tengah kasut ini atau “midsole” pula, Trail 5 ini menggunakan teknologi RECOIL dan Softfoam. Teknologi RECOIL ini adalah kompoun cushioning super lightweight  dimana boleh memberikan efek rebound ketika berlari. Pada bahagian bawah midsole terdapat Torsion Guide System dimana fungsinya adalah untuk memastikan kasut ni bend/bengkok pada bahagian yang sesuai dengan tapak kaki.

Trail 5 ini menggunakan getah Vibram. Untuk model ini getah yang digunakan adalah jenis Vibram Megagrip. Lugs atau gigi tapak ni tidak begitu tinggi tetapi cukup untuk memberi cengkaman disemua permukaan tanah dan amat sesuai dipakai ketika perlumbaan atau latihan di Malaysia.

Berat kasut ini adalah 318gram untuk saiz UK9, mempunyai 5mm drop dan stack height 23mm dibahagian tumit dan 18mm dibahagian depan kasut.


Spesifikasi kasut:

  • Weight: 318 g (UK9)
  • Drop: 5 mm
  • Gender: Men
  • Stack: 24,5 mm center of heel, 19,5 mm ball of foot
  • Midsole: RECOIL™+SoftFOAM™
  • Outsole: Vibram MegaGrip™
  • Lining: Mesh
  • Sizes: UK6.5-13.0, EU40 2/3-49 1/3
  • Upper: 3-layer construction
  • SKU: 1288046-1919

Spesifikasi penuh: https://www.salming.com/my/running/men/shoes/trail/trail-5-shoe-men%2c-fluo-yellow/c-840/p-35242

Galeri gambar

Harga sepasang kasut ini adalah RM509 dan jika anda berminat, anda boleh dapatkan kasut ni di Go Sportz, TTDI.

Alamat:
No.58A,Jalan Burhanuddin Helmi, TTDI
Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 016-219 1139

FB: https://www.facebook.com/pg/GoSport.TTDI