Review: Aonijie Outdoor 8L Hydration Bagpack | | Pelari Denai

Browse By

Review: Aonijie Outdoor 8L Hydration Bagpack

Sebagai sorang pelari denai, kita amat memerlukan beg yang dapat menyimpan beberapa barang keperluan ketika berada didalam denai seperti air, makanan, baju hujan, kit kecemasan dan sebagainya. Terdapat pelbagai jenama dipasaran yang menjual beg ini, tetapi apa yang membezakan beg-beg ini adalah fungsi dan juga harga.

Terdapat satu jenama barangan sukan yang semakin mendapat perhatian kerana harganya yang murah, dan juga mempunyai kualiti iaitu Aonijie.

Aonijie merupakan jenama dari China dan telah ditubuhkan pada tahun 2008 di daerah Zhejiang, Quzhou. Di Malaysia, Aonijie semakin banyak dipakai oleh pelari tak kira aktiviti denai, mahu pun aktiviti larian jalanraya.

Aonijie Outdoor 8L Hydration Bagpack

Kami berpeluang untuk mencuba beg ini dan amat berpuas hati dengan kualiti beg ini. Dari segi binaan, beg ini menggunakan material Nylon kalis air dan juga mesh. Jadi beg ini mudah kering dan breathable. Terdapat reflective tape di beberapa bahagian beg dan ini memberikan keselamatan sekiranya anda menjalankan aktiviti larian diwaktu malam.

Berat keseluruhan beg ini tidak termasuk muatan(beg air dan barang) adalah 284gram dan kapasiti beg ini adalah 8 liter.

Bahagian depan

Terdapat 2 poket yang disediakan untuk botol air. Kami telah mencuba botol Ultimate Direction berkapasiti 600ml dan juga botol Simple Hydration berkapasiti 345ml. Kedua-duanya muat didalam poket yang disediakan. Poket ini juga sesuai digunakan untuk menyimpan barangan lain seperti baju hujan, beg plastik atau makanan.

1 poket zip disebelah kiri yang sesuai untuk telefon mudah alih dan juga 1 poket lipat disebelah kanan yang sesuai untuk menyimpan barangan kecil seperti gel, wang, kunci dan sebagainya.

Terdapat 2 strap yang boleh diubah mengikut keselesaan atau saiz badan anda. Strap atas menggunakan material strechtable dan strap dibawah pula tidak.

Bahagian belakang

Pada bahagian belakang pula, terdapat 2 poket iaitu poket pertama dibahagian luar yang amat sesuai untuk menyimpan jaket hujan atau bungkusan makanan kerana ianya agak mudah diakses tanpa perlu menanggalkan beg. Material yang digunakan juga adalah stretchable.

Poket ke dua pula lebih besar dan digunakan untuk menyimpan beg air(water bladder) berkapasiti 2 liter atau pun barang lain.

Bahagian tepi

Tiada poket tambahan di bahagian tepi beg ini, hanya ada tali untuk mengubah saiz mengikut badan anda.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, beg ini sesuai digunakan bagi pelari yang tidak suka membawa barang yang banyak atau miminalis. Beg ini juga sesuai digunakan untuk larian atau aktiviti jarak pendek seperti 10km ke 15km.

Sekiranya anda berminat untuk membeli beg ini, lawati pautan dibawah:

https://www.pttoutdoor.com/shop/aonijie-outdoor-8l-hydration-bagpack/

Jangan lupa gunakan kod “PELARIDENAI” untuk mendapat diskaun sebanyak 10%. Setiap pembelian beg ini akan mendapat 1 unit “water bladder” berkapasiti 2 liter PERCUMA!

PTT Outdoor

PTT Outdoor adalah sebuah syarikat yang menjual barangan keperluan sukan secara atas talian. Antara produk-produk yang terdapat didalam laman web mereka adalah Sanctband, Naturehike, Steigen, Aonijie, BlueAnt dan BioTech USA. Harga yang ditawarkan di PTT Outdoor adalah amat berpatutan.

Laman Web: www.pttoutdoor.com
Facebook: https://www.facebook.com/pttoutdoor/
Instagram: https://www.instagram.com/pttoutdoor/