Perak Forest Trail 2018 | | Pelari Denai

Browse By

Perak Forest Trail 2018

11/4/2018 – Malatra Ventures Sdn Bhd (MALATRA) bakal menganjurkan satu lagi acara larian untuk siri “Forest Trail” mereka di Pulau Pangkor, Perak. Acara siri “Forest Trail” mereka sebelum ini adalah Sungai Menyala Forest Trail(SMFT) yang telah berlangsung pada 1 April 2018 yang lalu dan telah berjaya menarik seramai 700 orang peserta.

Menurut saudara Razif Yahya yang merupakan Race Director untuk acara ini, kategori yang bakal dipertandingkan adalah sama seperti SMFT iaitu 10KM, 25KM dan 50KM dan tempat mula akan berlangsung di Dataran Arena Pangkor, Pasir Bogak.

Kredit gambar Razif Yahya

Menurut beliau lagi, tahap kesukaran untuk Perak Forest Trail ini adalah lebih sukar berbanding SMFT sebelum ini di mana COT untuk kategori 50KM adalah 12 jam. Peserta akan disajikan dengan perbagai elemen seperti pemandangan pulau, pantai dan juga melalui kuil yang ada disana. Peserta akan melalui lebih kurang 70% laluan denai dan 30% laluan jalanraya. Terdapat juga jalan “Dragon back” yang semestinya menjadi kegilaan para peserta.

Acara ini bakal dijalankan pada bulan September 2018. Sama-sama kita nantikan.

Untuk sebarang maklumat terkini, lawati laman FB mereka di:
https://www.facebook.com/mymalatra/