Orga Mountainworks : RR Peninjau

[PRODUK] Orga RR Peninjau merupakan running belt yang diperbuat dari jenama
Orga Mountainworks
sejak tahun 2012. Produk mereka merangkumi sukan outdoor dari backpack, running vest, running belt, hidrasi soft flask dan bermacam lagi.
Kami mendapati produk ini setanding dengan produk luar dan harga yang amat berbaloi. Bahagian poket tali pinggang ini juga kurang gegaran apabila dipenuhi peralatan asas. Akan tetapi, anda harus memilih lilitan pinggang saiz yang tepat mengikut saiz yang diberikan. Material mesh yang ‘breathable’ dan ‘see-thru’ memudahkan pencapaian barangan keperluan ketika berlari seperti engery gel, telefon bimbit, soft flask, pole dan pelbagai lagi. Terdapat juga penyangkut kunci dan bib lumba.
Kami menyokong produk lokal dan kagum semua produk dihasil dengan teliti (handmade). 

Lawati laman web mereka untuk info lanjut:
Jenama: ORGA®
Model: RR Peninjau
Jenis: Running Belt
Material: ORGA® Power Mesh
Kapasiti: 2.7L
Dimensi: 13 x 32cm (S)
Berat: 52g
Harga: RM99