Marmot Junior Trail Run 2018 | | Pelari Denai

Browse By

Marmot Junior Trail Run 2018

Pada 11 Feb 2018 yang lalu, telah berlangsung satu acara sukan denai “Marmot Junior Trail Run 2018” di Taman Persekutuan Lembah Kiara, TTDI. Turut berlangsung di tempat yang sama adalah “Conquer the Trails @ Kiara 2018”.

Acara ini telah dianjurkan oleh Marmot Sports, yang merupakan pengeluar “Trail gaiters” terkenal di Malaysia.

Video

Apa yang menariknya, terdapat 4 kategori yang diketengahkan dan acara ini hanya dibuka untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 14 tahun sahaja. Ibu bapa juga dapat merentasi laluan denai sejauh 4.5km bersama anak-anak mereka. Kami mendapati ramai ibu-bapa mahu mendaftarkan anak mereka untuk acara ini pada tahun depan kerana tidak banyak acara denai yang memfokuskan kepada kanak-kanak di Malaysia.

Diharapkan semakin ramai penganjur akan mengadakan aktiviti seperti ini kerana ini semestinya dapat memupuk kanak-kanak untuk mencintai alam semula jadi dan juga mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan bersukan.

Lawati laman sosial Marmot Sports untuk sebarang informasi terkini.
Facebookhttps://www.facebook.com/marmotsports/
Instagram: https://www.instagram.com/marmotsports/

Galeri foto
Untuk gambar penuh, lawati laman Facebook kami: