BUTM 2018: Selamat & diteruskan | | Pelari Denai

Browse By

BUTM 2018: Selamat & diteruskan

8/3/2018 – Satu gempa bumi bermagnitud 5.2 telah melanda daerah Ranau, Sabah semalam. Difahamkan, kejadian gempa bumi itu berlaku pada jam 9.06malam.

Setakat ini tiada ancaman tsunami direkodkan.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/gempa-bumi-bermagnitud-5-2-melanda-ranau-169971

Pada minggu ini juga, Borneo Ultra Trail Marathon 2018 akan berlangsung di Kiulu, Tuaran. Jarak diantara Kiulu dan tempat kejadian adalah lebih kurang 87km.

Kami telah menghubungi pihak penganjur berhubung perkara ini dan mereka telah mengeluarkan satu kenyataan di laman facebook mereka.

Dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak penganjur ini, para peserta dapat menarik nafas lega. Kami di pelaridenai.com mengucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta BUTM 2018! Berhati-hati dan bergembiralah!