[ACARA] UiTM Ultra 2020 | | Pelari Denai

Browse By

[ACARA] UiTM Ultra 2020

1hb Februari 2020 – Tahun ini merupakan edisi ke-4 Ultron UiTM Ultra diadakan di UiTM, Kampus Shah Alam. Perlumbaan dua hari ini mempunyai beberapa kategori yang berbekal dengan jarak sejauh 52KM, 84KM, dan 104KM untuk menguji ketahanan peserta di mana sebanyak pusingan atau ‘loop’ dianggar hampir 5KM. Acara UITM Ultra pada tahun ini telah menarik seramai 720 orang peserta.

Kemuncak perlumbaan ini adalah dua bukit yang dipanggil Bukit Tonggek dan Bukit Seroja yang harus dilalui oleh semua peserta. Bukit Tonggek bukit yang paling mencacak sementara Bukit Seroja dikenali ramai kerana mempunyai bukit yang berpanjangan atau ‘rolling hills’.

Cuaca panas terik pada siang hari perlumbaan merupakan ujian mental bagi semua pelari terutama kategori 104km dan 84km. kerana keadaan sekeliling yang terbuka dan di dalam kawasan Universiti. Walau bagaimanapun, waktu malam kelegaan sedikit untuk semua pelari apabila ia adalah lebih dingin dan meriah bersama pelari-pelari kategori 52km.

foto kredit – 99c

Bukit-bukit dan cuaca yang mencabar semasa perlumbaan itu bukan halangan bagi seorang pelari tertentu bernama Susan Swier yang dinobatkan sebagai juara keseluruhan untuk kategori 102KM dalam 10jam 35minit 30saat. Beliau juga mendahului semua pelari lelaki kategori itu.

Juara bagi kategori 52km dan 84km, masing-masing telah Berjaya mencatatkan rekod baru dengan masa 4jam 28minit 35saat oleh Mohd Syahidan Bin Alias(Edan Syah) manakala kategori 84km dengan masa 8jam 36minit 30saat oleh Ahmad Aqwa Bin Othman (Aqwa).

Menurut penganjur dan RD Ultron Uitm Ultra, En. Aizuddin Imran, beliau berkata para peserta pada tahun ini telah disaji dengan makanan yang lebih padat seperti bubur panas, buah-buahan seperti tembikai, pisang, dan oren turut disediakan selain daripada mentega kacang, Nutella, dan roti Sekaya sandwic. Meriah sungguh!

Walaupun tiada kes dirujuk ke hospital pada tahun ini, namun, lebih ramai peserta yang telah mengalami kekejangan otot malah ‘heat stroke’ terpaksa dirawati oleh pasukan perubatan yang bertugas sepanjang acara ini dijalankan.

Tahniah kepada pihak penganjur kerana sekali lagi berjaya menganjurkan acara ultra yang mencabar ‘endurance’ dan mental penggemar larian ultra di tanahair.