Tips Denai: Cara penggunaan Trekking Poles | | Pelari Denai

Browse By

Tips Denai: Cara penggunaan Trekking Poles

“Trekking Poles” merupakan satu alat untuk membantu meringankan beban pada kaki pendaki. Bagi sesetengah pelari denai, “Trekking Poles” ini amat membantu, tetapi ada juga yang berpendapat alat ini hanya melambatkan pergerakan mereka ketika berlumba di dalam satu-satu acara denai.

Bagi acara denai yang jauh, sebagai contoh 100km ke atas, ramai pelari akan menggunakan alat ini untuk mengurangkan keletihan pada kaki mereka oleh itu.

Akan tetapi, untuk menggunakan alat ini, anda perlu tahu cara penggunaan yang betul untuk menghindarkan kecederaan. Oleh itu, mari kita lihat penerangan oleh Abang Wan dari Corezone tentang pemilihan dan cara penggunaan trekking pole.

Jangan lupa untuk subscribe laman youtube Pelari Denai:
https://www.youtube.com/pelaridenai/?sub_confirmation=1