Supporters | Pelari Denai

Browse By

Supporters

Duta Jenama

logo-buf

Buff Malaysia
Pelari Denai telah dilantik sebagai duta jenama Buff di Malaysia. Buff merupakan jenama “Multifunctional Headwear” seperti topi, sarung kepala, sarung tangan dan lain-lain. Jenama yang berasal dari negara Spain ini dibawa masuk ke Malaysia oleh Corezone Malaysia.

laman Web: mycorezone.com

Jenama lain yang menyokong Pelari Denai

Hutanration
Hutanration merupakan bar tenaga buatan Malaysia khususnya bagi penggiat sukan yang mengandungi kurma dan superfood. Terdapat pelbagai pilihan perisa dan khasiat. Agent mereka terdapat diseluruh negara bagi pembelian mudah dan pantas.

Laman Web: www.hutanration.com

Big Big Place
Big Big Place(BBP) merupakan satu nama yang tidak asing bagi penggemar aktiviti outdoor atau lasak di Malaysia. BBP menjual pelbagai produk seperti kasut, vest, lampu dan jam dari jenama-jenama berkualiti dari luar negara.

Laman Web: www.bigbigplace.com

Pro MMR Sport Recovery
Pro MMR menyediakan perkhidmatan urutan sukan, pemulihan dan rehab untuk semua. Jika anda aktif bersukan, anda perlukan urutan sukan untuk melancarkan laluan darah dan juga untuk mencepatkan proses pemulihan otot-otot.

Whatsapp: Pro MMR Sport Recovery

Marmot Sports
Marmot Sports merupakan pengeluar “Trail gaiters” dari Malaysia. Fungsi “Trail gaiters” ini adalah untuk mengelakkan pasir dari masuk ke dalam kasut dan jika dibiarkan tanpa sebarang perlindungan, tapak kaki boleh melecet.

Facebook: Marmot Sports

Yamatune
Yamatune merupakan jenama stokin berjari terkenal dari Jepun dengan teknologi ‘spider arch’, anti-melecet dan keselesaan. Terdapat pelbagai rekabentuk, size dan warna menjadi pilihan ramai.

Facebook: Yamatune Malaysia

MedGel-X
Medgel-X merupakan gel terapi buatan tempatan khususnya bagi mengelak sakit sendi, kecederaan tisu dan kekejangan. Ia merupakan ‘waterbased’ dan mengandungi ginseng serta aloe vera.

Laman Web: www.medgelx.com.my