Sesi Trail Running Workshop 2018 @ Corezone | | Pelari Denai

Browse By

Sesi Trail Running Workshop 2018 @ Corezone

24/3/2018 – Petang tadi telah berlangsung satu sesi “Trail Running Workshop 2018” yang bertempat di Corezone, Sungai Buluh, Selangor.

Workshop ini dianjurkan oleh UFL dan Corezone. Speaker undangan mereka kali ini adalah atlit Suunto Malaysia, iaitu saudara Teoh Bj. Beliau merupakan seorang pelari denai yang dikenali di Malaysia.

Antara topik-topik yang diterangkan adalah apa itu larian denai, persediaan sebelum memulakan larian, cara mengelakkan kecederaan dan rawatan, nutrisi ketika larian, cara menggunakan “trekking pole”, cara menggunakan “Rocktape” dan keperluan penggunaan jam GPS.

Saudara Teoh juga turut berkongsi pengalaman beliau ketika berlumba di Borneo Ultra Trail Marathon 2018 yang telah berlangsung baru-baru ini di Sabah.

Menurut beliau, sukan denai semakin dikenali di Malaysia dan para pelari perlu mempunyai ilmu yang cukup dan sentiasa mahu belajar tentang apa jua perkara yang melibatkan sukan ini.

Teoh akan ke Finland pada bulan Mei 2018 untuk menghadiri Suunto Summit 2018. Beliau merupakan satu-satunya peserta yang mewakili Malaysia dan asia. Acara ini juga akan turut dihadiri oleh Emelie Forsberg.

Sesi kali ini juga lebih kepada interaksi dua hala di mana para peserta dapat bertanyakan apa jua soalan kepada speaker. Rata-rata para peserta amat berpuas hati dengan penerangan saudara Teoh.

Diharapkan pihakĀ UFL dan Corezone dapat menganjurkan lagi sesi sebegini dimasa depan kerana ianya dapat memberikan manafaat kepada pelari denai di Malaysia.

Galeri Gambar

Lawati Laman facebook Pelari Denai untuk gambar penuh.