Ultimate Trails of Penang 2018 | Pelari Denai

Browse By

Pendaftaran Ultimate Trails of Penang 2018 kini dibuka!

Bagi mereka yang pernah menghabiskan larian Compressport 100 yang berlangsung pada Ogos 2016 yang lalu, pasti anda tidak akan lupa bagaimana laluan denai di kawasan berbukit sekitar kawasan pulau di Pulau Pinang.

Terkini, Endurance Nature telah membuka pendaftaran “Ultimate Trails of Penang 2018” yang akan berlangsung pada 23 September 2018 di┬áTaman Belia, Pulau Tikus, Pulau Pinang. Para pelari akan melalui Bukit Bendera, Bukit Laksmana, Teluk bahang, Empangan Air Hitam dan Kawasan Kuil Kek Lok Si. Berita baik, anda tidak akan melalui lokasi tangga seribu atau lebih dikenali dikalangan pelari dengan nama “Tangga dari neraka”.

*Kredit gambar FB Ultimate Trails of Penang

Terdapat 3 kategori yang akan dipertandingkan iaitu 20KM, 40KM dan 60KM.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, lawati laman web rasmi Endurance nature di:
http://endurancenature.com.my/index.php/event-ultimate-trails-of-penang-2018/