Marmot Gaiter - Simple Trail Gaiters | Pelari Denai

Browse By

Marmot Gaiter

Sebagai seorang pelari denai, antara masalah yang selalu menghantui kita adalah bila pasir atau batu masuk kedalam kasut. Selalunya bila pelari merasakan ada pasit atau batu didalam kasut, kita akan buka kasut dan buang pasir tersebut.

Tahukah anda, dipasaran terdapat satu produk yang dapat menyelesaikan masalah ini? Produk ini dipanggil “Trail Gaiters”. Fungsi utama produk ini adalah untuk memastikan pasir atau batu tidak dapat masuk ke dalam kasut ketika kita melakukan aktiviti denai seperti berlari arau meredah sungai.

Kali ini, kami berpeluang mencuba satu produl gaiter keluaran tempatan iaitu Marmot Gaiter. Sekiranya anda berminat untuk membeli produk ini, anda boleh melawat laman Facebook mereka di facebook.com/marmotsports

Harga untuk sepasang gaiter adalah RM75. Terdapat pelbagai warna disediakan untuk dipadankan dengan kasut denai anda.

Sebelum membeli, sila lihat jadual saiz yang sesuai untuk kaki dan kasut.

Untuk melihat cara memakai Marmot Gaiter, sila lihat video dibawah. Jangan lupa subscribe channel youtube kami sekali.