Malaysia International Sports & Fitness Fair(MISFIT) 2018 | Pelari Denai

Browse By

Majlis pelancaran Malaysia International Sports & Fitness Fair(MISFIT) 2018

Pada 1 Mac 2018 yang lalu, satu majlis pelancaran Malaysia International Sports & Fitness Fair(MISFIT) 2018 telah dijayakan bertempat di Ruang, Shah Alam.

Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz.

Tujuan utama penubuhan Malaysia International Sports & Fitness Fair(MISFIT) 2018 adalah untuk menjadikan Malaysia satu hub sukan, negara sukan, menggalakkan sektor perlancongan sukan dan seterusnya menjadikan rakyat yang mengamalkan gaya hidup yang sihat. Expo ini dirancang untuk dijadikan acara tahunan dan dapat mengumpulkan semua pengeluar utama didalam bidang sukan, kecergasan, industri kesihatan. Ini termasuklah pengeluar industri tempatan dan luar negara seperti:

  1. Pakaian sukan & aksesori
  2. kelengkapan sukan & fasiliti
  3. Pendidikan sukan
  4. Pertandingan sukan & acara
  5. Makanan tenaga & kesihatan
  6. Pemulihan sukan & santai
  7. E-Sukan

Expo ini akan berlangsung pada 3hb – 5hb Ogos 2018 di PWTC, Kuala Lumpur dan Persada Johor Bahru pula pada 5hb – 7hb Oktoboer 2018. Sebanyak 212 ruang ruang pameran disediakan di PWTC, Kuala Lumpur dan 150 ruang pameran di Persada, Johor Bahru. MISFIT 2018 adalah satu platform yang dapat menghubungkan pengguna tempatan dan antarabangsa dengan pengeluar dan pengamal sukan dan dalam masa yang sama dapat mengembangkan lagi ekosistem kesukanan negara.

MISFIT 2018 dijangkakan dapat menarik seramai 60,000 pengunjung dari dalam dan luar negara.

Dalam Majlis yang sama, MISFIT 2018 telah melancarkan kempen “Hentikan Perogol Dalam Rumah”. Kempen ini adalah usaha sama bersama badan bukan kerajaan(NGO) untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa perkara ini adalah serius dan perlu diberikan perhatian sewajarnya.

Galeri gambar