Kategori 100km Janda Baik Ultra 2018 | Pelari Denai

Browse By

Janda Baik Ultra 2018: Kategori 100KM disahkan?

Pada 7 Febuari 2018 yang lalu, Laman facebook Janda Baik Ultra telah menjalankan satu undian samada kategori 100km patut diadakan pada tahun ini(2018). Pada tahun 2017, hanya 2 kategori dipertandingkan iaitu kategori 53km dan 28km.

Hasil undian mendapati sebanyak 78% dari 453 jumlah undi bersetuju kategori 100km patut diadakan. Peserta perlu menghabiskan jarak 50km sebanyak 2 kali menggunakan route yang sama dan menghabiskan jarak 100km dalam masa 26 jam. Difahamkan, peserta tidak akan mendaki puncak Gunung Nuang, sama seperti tahun lepas. Menurut komen rasmi JBU, peserta 100km berkemungkinan akan dilepaskan pada waktu tengah malam, dan 50km pula pada waktu awal subuh.

53KM Elevation profile

Pada pagi ini(20 Feb 2018), pengarah perlumbaan JBU, en Jeff Ooi telah memuat naik satu gambar yang menunjukkan beliau memakai ‘Finisher Vest’ untuk kategori 100km. Ini jelas menunjukkan kemungkinan besar kategori 100km akan diadakan untuk edisi 2018 yang bakal berlangsung pada 3 November 2018(Tarikh akan disahkan kemudian).

Untuk sebarang info terkini mengenai Janda Baik Ultra 2018, lawati laman Facebook mereka.

Lihat video Janda baik Ultra 2017 dibawah: