Janda Baik Ultra 2017 | | Pelari Denai

Browse By

Janda Baik Ultra 2017

Pada 17 Disember 2017, My Ultra Running Malaysia telah menganjurkan Janda Baik Ultra 2017 pertama yang berlangsung di Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang, Malaysia. Acara ini telah menarik hampir 500 orang peserta dari dalam dan luar negara. Mengikut perancangan awal, peserta akan mendaki puncak Gunung Nuang, tetapi dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Terdapat 2 kategori yang dipertandingkan iaitu kategori 53km dan juga 28km. Pelepasan peserta telah dilakukan di The Red Cabanon. Peserta kategori 53km telah dilepaskan pada jam 5 pagi manakala peserta kategori 28km pula pada jam 7 pagi.

COT bagi kategori 53km adalah 13 jam manakala kategori 28km adalah 8 jam. Cuaca pada hari pertandingan adalah baik akan tetapi kondisi denai agak basah disebabkan hujan pada hari sebelumnya.

Pemenang Kategori 53km

Tempat pertama kategori 53km terbuka lelaki telah dimenangi oleh Wilnar Iglesia(Filipina) dengan catatan masa 05:09:01. Tempat kedua dimenangi Alex Koh(Malaysia) dengan catatan masa 05:17:54 dan Yeo Kim Hong memenangi tempat ketiga dengan catatan masa 05:28:48.

Bagi kategori 53km terbuka wanita pula, Jasmine Goh(singapura) telah memenangi tempat pertama dengan masa 05:28:47. Tempat kedua dimenangi oleh Lee Yan Leng(Malaysia) dengan catatan masa 07:06:58 dan tempat ketiga dimenangi oleh peserta dari Singapura, Puah Poh Suan dengan catatan masa  07:28:56.

Pemenang kategori 28km

Bagi tempat pertama kategori 28km terbuka lelaki telah dimenangi oleh peserta dari Jepun iaitu Hisashi Kitamura dengan catatan masa 02:50:02. Mazarul Arif Bin Osman(Malaysia) mendapat tempat kedua dengan catatan masa 03:11:44 dan Tang Kok Thai(Malaysia) di tempat ketiga dengan catatan masa 03:18:00.

Kategori 28km terbuka wanita pula telah dimenangi oleh Hui Mathews(Malaysia) dengan catatan masa 03:52:22. Tempat kedua dimenangi oleh Cher Tan dari Singapura dengan masa 04:08:53 dan tempat ketiga dimenangi oleh Chan Tze Wee(Malaysia) dengan catatan masa 04:15:09.

Lihat keputusan penuh disini:
http://runnersunite.racetecresults.com/Results.aspx?CId=16634&RId=1055

Kami telah diberi peluang untuk merakam video pada hari tersebut.

Untuk sebarang maklumat lanjut, lawati laman web My Ultra Running Malaysia atau Facebook Janda Baik Ultra

Jangan lupa ‘subscribe’ channel youtube kami untuk mengetahui video terbaru dari kami.