Acara Team Pacat dikeluarkan dari kalendar MUL musim 2017/2018
20 Mac 2018 – Acara-acara dari Team Pacat kini bukan lagi ada didalam kalendar Malaysia Ultra League Championship(MUL) atas permintaan Team Pacat untuk musim 2017/2018. Kenyataan ini telah dikeluarkan di laman Facebook MUL, semalam.
Acara-acara yang terlibat adalah:
- Watergate 16 Hours 2018
- King of Kampung Kemensah 2018
- King of Sungai Lembing 2018
- Pink Ultra 2018
- Melaka Ultra 2018
Rata-rata ramai pelari denai di Malaysia amat terkejut dengan berita ini kerana ada dikalangan pelari denai sudah mendaftar acara-acara yang dinyatakan dan mahu mengumpul mata MUL pada musim 2017/2018.
Kami ada menghubungi pihak Team Pacat berhubung perkara ini dan mereka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi kelak.