[ACARA] Malaysia Mountain Trail Festival (MMTF 2019) | | Pelari Denai

Browse By

[ACARA] Malaysia Mountain Trail Festival (MMTF 2019)

13 Disember 2019 – Acara The North Face Malaysia Mountain Trail Festival 2019 yang berlangsung di Taiping, Perak dari 13 hingga15 Disember 2019 menarik lebih daripada 2,100 peserta dari 35 buah negara iaitu dua kali ganda penyertaan dari tahun lepas. Dikenali juga sebagai TNF-MMTF, acara ini menawarkan 4 kategori dengan laluan denai yang merangkumi 13KM, 25KM, 55KM, dan 85KM untuk menguji ketahanan fizikal dan mental peserta di trek Taiping yang indah namun mencabar dengan ketinggian maximum sehingga 5,290m.

Peserta siap sedia di garisan mula

Taiping, yang dikenali sebagai sebuah pekan dengan cuaca lembab dan Bukit Larut merupakan resort tertua menjadi sebahagian dari laluan mencabar ini.

Larian denai ini bermula dan kembali dari Spritzer Ecopark menuju ke puncak Bukit Larut mencabar ketahanan fizikal dan mental pelari denai ultra yang mengharungi siang malam hamper selama 28jam bagi kategori 84km.

Larian 13KM, sesuai untuk peserta yang ingin mencendurung dalam larian denai, dikenali sebagai “Run Freshman”, sementara laluan 25KM yang baru juga dikenali sebagai “Run Ball Breaker”. Manakala dua versi Ultra Challenge ialah 55KM dan 84KM.

Laluan 25KM, 55KM, dan 84KM disahkan oleh International Trail Running Association (ITRA) dan telah dimasukkan ke dalam senarai perlumbaan yang layak untuk bertanding di Ultra Trail du Mont Blanc (UTMB) yang juga merupakan ‘naik haji’ atau tahap yang tertinggi bagi seorang pelari denai.

Peserta Denmark, Kristian Joergensen, 35 tahun menjuarai kategori 84KM Lelaki Terbuka dengan catatan masa 10:22:24. Manakala dalam kategori 84KM Wanita Terbuka dimenangi oleh peserta Slovakia, Veronika Vadovicova, 29 tahun dengan catatan masa 11:34:42. Beliau turut mengumpul mata yang cukup untuk menutup kedudukannya sebagai juara baru wanita Asia Trail Master Champion. Sementara itu, John Ellis, 41 tahun dari Australia dinobatkan sebagai juara baru lelaki Asia Trail Master Champion selepas perlumbaan sepanjang tahun.

Kategori 55km Lelaki Terbuka pula didominasi oleh peserta-peserta Malaysia. Saripin Sumping menjuarai kategori tersebut dengan catatan masa 7:26:47 diikuti oleh Muhammad Abrar Idris dan Mohamad Syahmim Nazmy.

Acara TNF-MMTF adalah musim terakhir bagi kejohanan Asia Trail Master (ATM) 2019, di mana juara ATM baru juga dinobatkan di Taiping. Ini telah meningkatkan taraf “ultra-trail” ke tahap yang lebih tinggi di Malaysia, kerana terdapat beberapa pesaing utama, termasuk beberapa pelari Malaysia, yang telah bersaing untuk mata ATM sepanjang tahun di 14 negara Asia.

Daved Simpat (Juara MMTF tahun 2018)

Juara tahun lepas dari Sabah, Daved Simpat tidak dapat mempertahankan kejuaraan beliau tahun lalu kerana kecederaan. Namun beliau tetap memberi saingan kuat kepada peserta elite lain.

Tahun 2020, cabaran baru menanti para pelari denai kerana Taiping juga telah dinobatkan sebagai acara terulung siri Asia Pasifik iaitu TNF 100 edisi Malaysia. Ayuh kita ke Taiping seiring dengan Tahun Melawat Malaysia 2020 ini.